Masalah cramp atau kekejangan otot? Bagaimana cara mengatasi cramp?
- by Thaddeus Chung
-
Kekejangan otot, atau lebih dikenali sebagai cramp, adalah masalah yang sering dialami oleh ramai orang, terutama sekali selepas melakukan aktiviti fizikal. Cramp biasanya berlaku secara tiba-tiba dan menyebabkan rasa sakit yang amat sangat pada otot yang terlibat ketika berlari atau melakukan aktiviti yang berat atau secara mengejut.