Review Clif Bar Energy Bar - Bar Energy yang paling sedap?
- by Thaddeus Chung
-
Clif Bar adalah energy bar atau makanan dalam bentuk bar yang memberikan tenaga, sesuai digunakan untuk hiking, berlari, berbasikal atau dijadikan sarapan / alas perut yang senang dibawa.
Clif Bar diformulasikan dengan menggunakan hampir 70% bahan-bahan organik dan antara bahan asli yang digunakan adalah seperti:
- Rolled Oat: Sumber yang kaya dengan karbohidrat dengan GI tinggi, yang memberikan tenaga berterusan.
- Sirap Beras Perang: Perasa pemanis semulajadi yang dapat memberikan tenaga dengan cepat.
Clif Bar Energy Bar boleh dimakan sebelum, semasa dan selepas aktiviti fizikal kerana gabungan kombinasi karbohidrat, protein dan vitamin yang membantu proses metabolik badan anda dan memberikan tenaga.
Tekstur & Rasa
Secara jujur, benda paling ‘win’ untuk Clif Bar adalah rasa & tekstur yang tidak ‘kemam’ atau memuakkan. Kebanyakan perisa Clif Bar masih mampu mengekalkan kerangupan bar yang senang masuk ke tekak para pelari. Hanya perisa yang mengandungi pisang kurang rangup sedikit namun ianya bukanlah sesuatu yang menjelakkan.
Kebanyakan perisa Clif Bar adalah berasaskan kacang, oat dan buah-buah dari negara orang putih. Hampir kesemua perisa Clif Bar senang ditelan dan sangat menyelerakan. Kalau harga Clif Bar tak terlampau mahal, saya mungkin akan makan satu untuk sarapan atau minum petang. Antara perisa pilihan staf BigBigPlace adalah:
AWAS: Sesetengah perisa seperti White Chocolate Macademia Nut agak manis sedikit (untuk mereka yang tidak suka manis), namun perisa tersebut merupakan antara best seller di BigBigPlace.
5/5. WIN untuk Tekstur & Rasa.
Packaging
Sangat mudah dibawa dan senang dikoyak.
Datang dengan packaging yang tidak terlampau besar, hanya sebesar kotak rokok, ianya senang dibawa di dalam hydration vest atau di belakang jersi basikal anda. Saya tak ada masalah untuk membuka Foil wrapper dengan sebelah tangan dan gigi untuk mendapatkan bar Clif Bar walaupun ketika berlari.
3.5/5.
Prestasi & Tahap Mengenyangkan
Hampir kesemua Clif Bar memberikan dalam anggaran 250 kcal setiap paket. Ini sesuai digunakan untuk aktiviti yang lebih daripada 1 jam - 1 jam setengah seperti berbasikal, hiking atau long run. Bukan itu sahaja, setiap paket Clif Bar memberikan anda 130 mg sodium atau garam (hampir sama dengan 1 tablet Saltstick Fastchew).
Clif Bar juga memberikan rasa kenyang yang agak lama, kerana ianya dibuat daripada oat dan juga kekacang. Namun, sesetengah orang mungkin akan menghadapi masalah untuk menghabiskan satu paket Clif Bar secara menyeluruh, dan ada yang menganggap sepeket mungkin agak berat untuk melakukan aktiviti yang memerlukan tenaga dengan pantas.
Team hiker BigBigPlace yang menggunakan Clif Bar untuk aktiviti seperti mendaki Gunung Rinjani dan larian denai memberikan review bagus untuk keberkesanan Clif Bar. Walaupun tidak merasakan lonjakan tenaga secara mengejut, Clif Bar memberikan tenaga yang berterusan untuk membolehkan pendakian. Namun, pastikan anda minum air yang secukupnya untuk memastikan Clif Bar tersebut mudah dihadam dan diterima oleh badan anda.
Bagi kami, Clif Bar sangat sesuai untuk aktiviti yang membolehkan anda menikmati makanan anda seperti hiking, ultra, long run atau long ride.
4/5.
Kesimpulan
Bagi mereka yang mencari bar yang sedap dimakan, Clif Bar menduduki tangga pertama Team BigBigPlace dari segi rasa dan tekstur. Dengan kandungan oat yang tinggi, Clif Bar datang dengan karbohidrat yang dihadam secara perlahan untuk memberikan tenaga yang berpanjangan. Selepas mencuba untuk beberapa aktiviti yang berbeza, Clif Bar sesuai untuk hikers, trail runners atau rider yang mahu melakukan aktiviti endurance yang panjang atau menggantikan sarapan mengalas perut anda sebelum long run anda.
Anda boleh mendapatkan Clif Bar di BigBigPlace dengan mudah dengan harga RM18 sepaket, (atau dengan diskaun 20% (RM14.40) untuk ahli BigBigPlace)