Review Tomir 2.0 - Kasut NNormal untuk semua!
- by Thaddeus Chung
Tomir 2.0 - Kasut NNormal untuk semua
Pengenalan:
Kalau kasut Kjerag dicipta untuk racing dan mereka yang berjiwa kelajuan seperti Kilian Jornet, iterasi ke-2 kasut Tomir ini direka untuk semua orang. Tomir 2.0 telah dikemas kini dengan beberapa ciri-ciri baru yang menjadikan Tomir 2.0 pilihan terbaik sekiranya anda mencari kasut untuk berlari di denai atau hiking.
Apa yang baru tentang Tomir 2.0?
Upper
Dari segi luaran, selain daripada warna, Tomir 2.0 nampak sebiji seperti Tomir 1.0.
Tapi Tomir 2.0 datang dengan pelbagai pembaharuan yang anda perlu cuba di kaki untuk merasainya. Tomir 2.0 kini datang dengan 4 warna baharu iaitu hitam/hijau, putih/biru, pink/beige, hitam. Warna pink/beige dan hitam/hitam dijangka akan menjadi warna bestseller di Malaysia kerana warna yang ranggi dan mudah masuk di dalam hutan.
Tomir 2.0 mempunyai bahagian atas dengan binaan Ripstop TPE yang tahan lasak tetapi agak kasar. Bukan itu sahaja, tapak dan material di atas dijahit terus dengan jahitan 360 darjah dengan tali nylon. Namun, saya mendapati saiz kasut ini, sama seperti Kjerag, lebih besar daripada saiz yang dinyatakan. Walaupun begitu, ini sebenarnya memberi ruang yang lebih selepas kaki saya bengkak selepas berjam-jam berlari di pergunungan.
Mesh pada bahagian atas kelihatan tahan lama, mampu bertahan dalam keadaan denai berbatu dan berlumpur tanpa rosak. Namun, perlindungan di bahagian jari kaki tidak begitu optimal, menyebabkan rasa sakit jika tersandung batu. Tidak seperti Toe Protect yang digunakan oleh New Balance More Trail.
Midsole EExpure yang baruÂ
Midsole Tomir 2.0 adalah perbezaan paling ketara di antara Tomir yang lama dan 2.0. Kini diperbaharui dengan material EExpure 45C supercritical foam, berpindah dari midsole EVA 50. Ianya memberikan keseimbangan yang agak sempurna di antara keselesaan cushioning dan rasa reaktif, namun tidak sereaktif Kjerag.
Penambahbaikan menggunakan EExpure adalah faktor utama yang membuatkan Tomir 2.0 menjadi kasut yang sangat baik! Ini mengubah segala!
Selain itu, Tomir 2.0 datang dengan reka bentuk rocker yang membantu menolak langkah anda ke depan dengan lebih banyak.
Outsole Vibram Megagrip
Outsole Tomir 2.0 dilengkapi dengan Vibram outsole Megagrip, dengan kombinasi unik lugs yang lebih luas, memberikan cengkaman yang sangat baik di pelbagai jenis permukaan, termasuk kawasan teknikal. Bukan itu sahaja, geometri tapak yang lebih lebar memberikan kawasan permukaan yang lebih luas (290 cm per segi jika dibandingkan dengan 272 cm per segi untuk Tomir 1).
Kesimpulan:
Secara keseluruhan, Tomir 2.0 adalah kasut daily trainer serba-boleh macam pisau Suisse yang boleh digunakan oleh hampir semua orang. Ianya adalah kasut daily trainer yang menawarkan keselesaan yang optimum, tahan lasak dengan grip yang boleh dipercayai. Walau bagaimanapun, untuk hari-hari event yang lebih pendek (bukan Ultra event), anda boleh menggunakan NNormal Kjerag yang lebih reaktif dan lebih pantas. Kami yakin yang Tomir 2.0 akan menjadi kasut denai anda yang anda boleh gunakan setiap hari atau untuk apa jua latihan.
Â
Beli Sekarang!
Â
Â
Great Review! Can’t wait to get a pair as I am a casual runner. Kjerag is not for me it seems =’)