COROS Vertix 2 | Adakah jam tangan ini mampu mencabar Garmin Fenix 6 / Enduro?
- by Ain Humairah Amran
COROS Vertix 2 - Jam tangan Top End COROS Wearable, pencabar utama Garmin Enduro / Fenix 6!
Launch Video
TLDR: Apa yang baru dengan COROS Vertix 2?
COROS Vertix 2 adalah jam tangan top-end terbaru dari COROS Wearables, dengan skrin yang lebih besar, musik, peta topografi dan juga teknologi GPS terbaru yang memberikan ketepatan bacaan yang lebih tinggi.
Â
Vertix 2, untuk siapa?
Siri Vertix adalah jam tangan premium yang teratas oleh COROS. Ianya adalah untuk mereka yang suka mengembara, mendaki gunung, hiking, ultra-trail runners, atau atlet multisport yang mahukan jam yang tahan lasak dan bateri yang tahan lama.
Apa yang baru?
Dari segi visual, tak banyak perubahan yang kita boleh lihat di antara Vertix 1 dan Vertix 2, namun, Vertix 2 mempunyai hardware dalaman yang berkualiti tinggi.
- GPS Dwi-frekuensi - Vertix 2 adalah jam tangan pertama yang menggunakan GPS Dwi-frekuensi yang akan berkomunikasi dengan 5 sistem satelit dunia (GPS, GLONASS, Galileo, QZSS, and Beidou) secara serentak. Ini membolehkan Vertix mendapat bacaan GPS yang tepat ketika anda berada di antara bangunan tinggi, atau di dalam hutan.
- Vertix 2 tidak lagi menggunakan cipset SONY, dan berbeza dengan Vertix 1, ianya menggunakan hardware yang baru, dan menurut COROS, Vertix 2 adalah 20% lebih laju dari Vertix yang original.
- Skrin 1.6 inci yang lebih besar. Peningkatan sais Skrin vertix sebanyak 16% dengan resolusi yang lebih tinggi membolehkan Vertix 2 memaparkan lebih banyak data dalam watch face yang sama. Sekarang anda boleh melihat 8 data fields pada paparan yang sama dengan jelas.
- Kadar jangka hayat bateri yang DUA kali lebih panjang. Bila bercakap tentang Original Vertix 1, kita akan teringat tentang battery life yang sangat panjang. Vertix 2 sesuai untuk pengembaraan kerana ianya mampu bertahan selama:
- 135 jam dengan full GPS On.
- 2 bulan penggunaan biasa
- Vertix 2 memberikan peta dunia offline, tanpa memerlukan talian telefon anda. Ini termasuklah peta topografi, landskap dan juga hybrid topo-landskap. Anda boleh mendapatkan peta topo secara percuma dari COROS untuk kawasan anda.
- Fungsi ECG (Electrocardiogram) yang membolehkan anda mendapatkan snapshot denyutan jantung anda terus di tangan anda. Selain itu, ECG membolehkan anda mendapatkan bacaan HRV (Variabiliti Denyutan Jantung) dan menentukan tahap stress dan kebolehupayaan anda untuk recover.Â
- Buat pertama kalinya, COROS Vertix 2 akan dilengkapi dengan pemain musik. Anda boleh muat turun dan kawal fail audio anda dari jam tangan anda dengan mudah.
- Kawal kamera Insta360 anda secara jauh. Anda sekarang boleh mengawal kamera aksi jenama Insta360 (Insta360 Go 2, One X2 and One R) dari Vertix 2 dengan kawalan jauh, terus dari jam tangan anda.
Â
Bila anda boleh beli COROS Vertix 2 di Malaysia?
Baru launch 17 Ogos 2021, mungkin pertengahan September 2021. TBD
Berapakah harga COROS Vertix 2 di Malaysia?
Harga international untuk COROS Vertix 2 adalah USD699 (RM3000), tetapi expected above RM3000. Kita tunggu COROS Malaysia untuk announce harga lokal.
Metronom in the watch for what