Mencari kasut lebar atau kasut wide? Apakah perbezaan lebar kasut B, D, 2E dan 4E?
- by Thaddeus Chung
Apakah perbezaan kasut sukan B, D, 2E dan 4E?
Menurut statistik, kaki lelaki dan kaki perempuan mempunyai sais dan lebar yang berbeza. Antara perbezaan utama kasut untuk lelaki dan perempuan yang dijual secara komersial adalah warna dan kelebaran kasut.
Apakah yang dimaksudkan dengan huruf dekat kasut anda?
Secara umum, kasut yang dijual mempunyai kelebaran yang diklasifikasikan dari huruf A ke EEEE ( A adalah semakin Narrow dan EEEE adalah paling Lebar).
Untuk kaki lelaki:
-
B - Tirus / Narrow
-
D - Medium / Biasa
-
2E atau EE - Lebar / Wide
-
4E atau EEEE - Extra Lebar / Extra Wide
Secara purata, kaki wanita adalah lebih kecil, dan klasifikasi kasut wanita pula adalah:
-
A - Tirus / Narrow
-
B - Medium / Biasa
-
D - Lebar / Wide
-
2E - Extra Lebar / Extra Wide
Apakah lebar Kasut Biasa atau "D"?
Untuk kasut lelaki, "D" bermaksud kasut bersais "medium" atau "biasa". Selalunya lebar kasut fit 'D' adalah antara 3 inci ke 5 inci.
Apakah lebar Kasut Wide atau "EE" / "2E"?
Untuk kasut lelaki, "EE" atau 2E bermaksud kasut dengan fit "lebar" atau "wide". Walaupun untuk size sama, selalunya lebar kasut fit 'EE' atau 2E akan ditambah dengan 0.2 inci dari ukurang D. Lebar adalah di antara 3.2 inci ke 5.2 inci.
Apakah lebar Kasut Extra Wide atau "EEEE" / "4E"?
Untuk kasut lelaki, "EEEE" atau 4E bermaksud kasut dengan fit "lebar" atau "wide". Walaupun untuk size sama, selalunya lebar kasut fit 'EEEE' atau 4E akan ditambah dengan 0.4 inci dari ukuran D. Lebar adalah di antara 3.4 inci ke 5.4 inci.
Ramai yang bertanya sekiranya seseorang wanita boleh memakai kasut biasa 'D' untuk lelaki?
Boleh, tetapi kasut 'D' lelaki adalah kasut lebar / wide untuk wanita (seperti 2E untuk lelaki).
Macamana nak tahu yang korang memerlukan kasut jenis Wide?
Tengok kasut lama anda yang bersaiz biasa. Sekiranya anda:
- Melecet di bahagian tepi atau bawah bucu kaki anda paling lebar
- Selalu terkeluar dibahagian bunion kaki
- Rasa kaki terhimpit
Dapatkan kasut Wide anda di BigBigPlace.com
Size yg sesuai utk kaki size sebenar..
Panjang 27.5cm
Lebar 13 cm
0198682241
Nak cari kasut kulit Hitam untuk sekolah tingkatan 6
Jenis Tapak kaki leper/lebar
Saiz 13