Garmin Forerunner 55 vs 45: Apa yang baru?

  • by Wei Lun
Garmin Forerunner 55 vs 45:  Apa yang baru?

Reka Bentuk Baru

Jika dibandingkan dengan Forerunner 45 (FR45), Forerunner 55 (FR55) mempunyai reka bentuk luaran yang hampir dengan Forerunner 245 (FR245). Badan FR55 yang diperbuat daripada plastik dan kini menggunakan sistem Quick Strap yang membolehkan strap dicabut tanpa memerlukan sebarang alat.. Strap FR 45 hanya boleh ditanggalkan dengan menggunakan pemutar skru.

Jangka hayat bateri yang lebih panjang

Jika dibandingkan dengan bateri FR45 yang hanya bertahan sehingga 7 hari dalam mod jam pintar atau 13 jam dalam mod GPS, Forerunner 55 boleh bertahan sehingga 2 minggu dalam jam pintar atau 20 jam dalam mod GPS. Kadar jangka hayat bateri  FR55 adalah 2 kali ganda daripada Forerunner 45.

PacePro

Fungsi PacePro membenarkan anda memilih pace yang anda inginkan dan membantu anda berlari pada kelajuan yang diingini. Anggaran masa tamat akan diberikan mengikut trek atau jarak yang dipilih.

Race Predictor

Race Predictor adalah fungsi yang biasanya terdapat pada jam tangan pintar GPS yang lebih premium. Forerunner 55 menggunakan VO2 max dan sejarah latihan anda untuk menganggar masa anda untuk menghabiskan 5K, 10Ks, Half-Marathon dan Full Marathon.

Cadence alerts

Garmin menambahkan cadence alerts ke running profil Forerunner 55 anda. Ini adalah peningkatan berbanding Forerunner 45 yang mempunyai pace alerts tetapi tiada cadence alerts.

Cadangan senaman harian

Forerunner 55 akan mengesyorkan latihan kepada anda setiap hari berdasarkan faktor-faktor yang berikut: status latihan, beban latihan, fokus beban, VO2 max, recovery, data tidur dan latihan yang baru dilakukan. Ini sesuai kepada mereka yang tidak mempunyai plan latihan yang berstruktur dan membantu anda meningkatkan motivasi untuk kekal bersenam.

Recovery Advisor

Selepas anda melakukan senaman, Forerunner 55 akan menganggarkan berapa lama masa yang diperlukan oleh badan anda untuk berehat. Masa berehat yang dicadangkan adalah berdasarkan kesan latihan dari senaman yang baru sahaja anda lakukan.

Profil aktiviti baru

Forerunner 55 memperoleh beberapa profil aktiviti yang diminta selepas Forerunner 45 dilancar. Profil aktiviti baru termasuk berenang, Pilates, HIIT, larian virtual dan larian trek.

Fungsi Body Battery ditingkatkan

Walaupun Forerunner 45 dilengkapi dengan fungsi Body Battery, tetapi Forerunner 55 menawarkan algoritma yang lebih baik dan terdapat pada Garmin Venu 2.

Fungsi penjejakan kesihatan baru

Forerunner 55 kini dapat mengesan kadar pernafasan anda pada siang hari dan sepanjang malam. Ia juga mempunyai fungsi penjejakan kitaran haid dan penjejakan kehamilan, tahap tekanan ketika anda mengalami stres dan peringatan untuk menghidrat.


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

YOUR CART (0)

No Products in the Cart