BigBigPlace ingin memperkenalkan kepada anda 2 lampu kepala (Headlamp) yang sesuai digunakan untuk larian anda iaitu MH3 dan MH5 (Telah dikemaskini). Led Lenser telah mengeluarkan 2 jenis lampu yang sesuai untuk mereka yang nak berlari di luar sana ketika malam hari atau awal pagi dan kekal selamat. Bukan itu sahaja, setiap headlamp ini datang dengan jaminan 7 tahun Led Lenser.
Jam tangan GPS Garmin tahan lasak yang paling popular di kalangan orang Malaysia ini kini dikemaskini dengan fungsi pengecas bateri dengan kuasa solar - memberikan model terbaru ini kadar jangka hayat bateri yang sangat panjang. Pantau kesihatan anda sepanjang hari untuk mengetahui tahap kecergasan anda.
Kami mungkin kurang percaya apabila Hoka One One melancarkan kasut TenNine persis sepatu badut bertumit sebesar alam beberapa bulan yang lalu. Kini, Hoka One One mengeluarkan kasut yang diinspirasikan daripada teknologi yan sama, tetapi lebih mesra pengguna dengan siri Clifton terbaru: Clifton Edge.
Tidak seperti intermittent fasting, berpuasa di bulan Ramadan bermaksud and tidak boleh mengambil makanan atau minuman termasuklah kafein, BCAA melalui mulut atau cara-cara lain termasuklah transfusion atau drip. Ini bermaksud anda perlu menyesuaikan diri dengan waktu pemakanan dan latihan yang berbeza khususnya di waktu malam, untuk mendapat tenaga dan hidrasi yang secukupnya.