Holiday Gift Guide #1: 4 Idea Hadiah Hujung Tahun Untuk Pelari Serius

Holiday Gift Guide #1: 4 Idea Hadiah Hujung Tahun Untuk Pelari Serius

4 idea hadiah hujung tahun untuk pelari serius

Stryd Running Power Meter 

Zaman dah berubah, kalau dulu power meter ni hanya untuk geng-geng berbasikal, sekarang para pelari tegar boleh meningkatkan prestasi mereka dengan lebih baik dengan berlari dengan unit Power. Kalau anda serius untuk improve tahun hadapan, dapatkan diri anda power meter untuk larian dari Stryd. Ini membolehkan anda berlatih dengan lebih mudah, tanpa mengira pengaruh cuasa, makanan, atau kelesuan.

Day in, day out, anda akan dapat meletakkan satu nombor untuk usaha yang anda lakukan. Hadiahkan diri anda atau pasangan anda Stryd Power Meter sekiranya mereka betul-betul mahu mengubah prestasi larian mereka

Beli di BigBigPlace sekarang! Stryd Running Power Meter RM1255 atau 3 x RM418

 

Saucony Kinvara 12

kinvara holiday malaysia

Sebelum popularnya kasut-kasut carbon plated, Kinvara adalah King Of The Road untuk jenama Saucony. Firm, responsive tapi masih memberikan anda kusyen yang secukupnya, kasut Saucony Kinvara 12 ni memang versatil, boleh digunakan untuk larian pendek yang pantas sehinggalah ke half-marathon. Malah dengan harga RM499, ianya takkan memufliskan anda. Kami cadangkan anda beli sepasang untuk anda, dan juga sepasang untuk pasangan anda. Bak kata orang, pasangan yang berlari bersama, kekal bersama.

Beli di BigBigPlace sekarang! Saucony Kinvara 12 RM429 (Non-promo price RM:499)

 

POLAR Vantage V2 Red 

vantage v2 red malaysia

Sejak mula PKP, PKPD, dan seterusnya, pasangan anda dah mula berlari, berbasikal dan berenang. Sekarang tercetus pula niat untuk menyertai acara Open Water dan tergerak nak sign up untuk Ironman kat Langkawi? Kalau dia tekad untuk improve larian atau personal best anda, combo jam tangan Polar Vantage V2 dan heart rate monitor h10 adalah pilihan terbaik untuk 1 faktor utama: pemantauan recovery anda. Imbang stress latihan anda dan recovery dengan kombinasi Recovery Pro dan Training Load Pro yang digunakan oleh atlet-atlet tersohor seperti Lucy Charles-Barclay, Tim Don dan banyak. Hadiahkan pasangan anda Polar Vantage V2 sekiranya dia perlukan jam tangan sukan yang serius untuk improve PB 2022 atau telah mula memasang niat untuk ke Desaru atau Langkawi.

Beli di BigBigPlace sekarang! POLAR Vantage V2 Red Edition RM2699 atau 3 x RM899

 

Nathan Quick Squeeze Lite, RM69

Nathan Squeeze Lite

Benda yang paling susah orang nak ingat atau bawa ketika belari ada 2 benda je: Kunci kereta dan air. Sebab kalau kunci kereta dah sangkut 24 kunci rumah, opis, locker, sangkar kucing dan banyak lagi, memang sah-sah la jarang tanggal. Tak perlu risau, dapatkan Nathan Quick Squeeze lite ni untuk membolehkan anda kekal terhidrasi dan juga tak campak kunci kereta korang kat mana-mana. Hadiahkan kepada mereka yang sentiasa kehausan dan berhenti setiap 3 km beli air tepi jalan. Dengan bukaan mulut yang mudah ditutup, anda tak perlu risau kalau air botol anda tumpah.

Beli di BigBigPlace sekarang! Nathan Quick Squeeze Lite RM69


1 comment

  • Good option for holiday buy! Flask Nathan menarik!

    Stryd lagi lah tak payah sebut. :D

    Ee-Van

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

YOUR CART (0)

No Products in the Cart