BREAKING 5000

Nak pecah rekod peribadi larian 5km anda di atas trek dengan bantuan pacer-pacer yang mantap?
Acara komuniti yang dianjurkan oleh geng Ahli Jawatankuasa Makanan & Riadah Projek Unikorn setiap pagi Hari Natal kini kembali.

Tarikh: 25 December 2023
Masa: 7.30 pagi - 10.30 pagi (GMT+8)
Lokasi: Shah Alam National Sports Complex Panasonic
Yuran: Bawa makanan (Potluck)

Daftar Sekarang

Break Personal Best, Not Hearts

Sejak 2022

Bagaimana nak improve Personal Best korang?

Untuk memastikan anda sebagai pelari dapat mencapai objektif anda, anda boleh memilih masa larian yang berbeza dan mengikut kumpulan pacer yang betul.

Breaking 5000 akan menyediakan beberapa orang Pacer (bukan Pacar) mengikut kategori 'Pace' yang korang berbeza (unless level korang Elite) seperti di bawah:

• > Bawah 20 minit
• > Bawah 23 minit
• > Bawah 25 minit
• > Bawah 28 minit
• > Bawah 30 minit

Atau pun korang nak jadi pacer sendiri (aka lari sendiri). Asal PB.

Nak menjadi Pacer?
Isi borang untuk mendaftar menjadi pacer di sini.

Ada Pacer

Nak pecah PB perlu ada orang yang berpengalaman dan mampu untuk bawa korang setiap wave. Kami bawa pacer yang berdedikasi untuk pastikan korang dapat capai objektif korang.

Tak perlu bayar
(Nak sedekah boleh)

Event percuma, tapi kalau nak sedekah untuk membantu pengurusan acara ini, kami amat mengalu-alukan. Dana tersebut akan digunakan untuk pembayaran trek, makanan atau pengurusan lain.

Sesuai untuk semua!

Tak kisah kalau anda baru bermula, atau elite, semua dijemput hadir. Ada pace untuk setiap pelari. Jangan malu, jangan segan.

Good Vibes di atas Balapan!

Letak rivalry anda ke tepi, it's you against you! Bagi mereka yang tak pernah lari event di balapan inilah masanya untuk rasa bagaimana nak melakukan larian 5000m, bukan 5km.

Baju Dri-fit "Breaking 5000"

Kami juga akan menjual baju khas memoriable Breaking 5000 2023 yang khas dibuat untuk acara memecah PB anda ini. Anda boleh pre-order baju Breaking 5000 anda, dan pickup ketika pagi acara nanti.

Kuantiti sangat terhad.

Pre-order di sini!

Pecah PB, Dapat Patch

Untuk join acara Breaking 5000, anda perlu mendaftarkan "Personal Best" paling terbaru (dalam tempoh 2 tahun yang lalu), sama ada melalui pautan Strava atau jam tangan sukan anda sebagai bukti.

Apabila anda berjaya memecah rekod tersebut, kami akan memberikan anda token (mungkin dalam bentuk patch) yang menunjukkan kejayaan anda!

* Gambar sekadar hiasan.

Testimoni

Semenjak join Xmas TT yang lalu, berat badan saya menurun dari 115 kg ke 95kg. Tapi yang lagi penting saya berjaya pecah PB 5000m, dan banyak gambar cantik.

Atan Holiday - Heavyweight Runner

Bagi saya Xmas TT akan mencabar mental daripada fizikal kerana anda akan rasa tercabar dengan peer pressure dari sekeliling anda.

Harris Sepet

Saya ingin berterima kasih kepada pacer saya Tnie, Ela & Nisa kerana tarik sepanjang 5000m tanpa belas kasihan. Walaupun tak PB, saya banyak belajar dari event lepas.

Kei Basar

Dikelolakan oleh

Ahli Jawatankuasa Makanan & Riadah Projek Unikorn

Anda dah bersedia untuk pecah PB anda? Daftar Sekarang

YOUR CART (0)

No Products in the Cart