Idea Hadiah Hari Kekasih Untuk Pelari & Hiker

  • by Wei Lun
Idea Hadiah Hari Kekasih Untuk Pelari & Hiker

Black Diamond Distance Carbon FLZ Trekking Poles

“Diamonds are forever, so does Black Diamond” Jangan tak percaya, ramai akak-akak datang kedai retail bawa suami mereka untuk cari Pole larian/trekking. Dan Black Diamond FLZ Pole ni sememangnya best seller dan popular di kalang akak-akak hikers dan ultra. Hint: FLZ ni boleh kongsi, FZ tak boleh kongsi. Untung kalau ada bini yang hampir sama tinggi ngan anda.

Beli di BigBigPlace sekarang! Black Diamond Distance Carbon FLZ Trekking Poles RM1009 atau 3 x RM336

Biolite Headlamp 330

Kalau nak cari lampu yang memang selesa dan sesuai untuk trail running atau hiking, kami cadangkan Biolite Headlamp 330 ni. Ramai yang suka dengan model 330 ini disebabkan oleh fabrik yang digunakan adalah sangat selesa dan reka bentuknya (lampu di hadapan, bateri di belakang) yang mengurangkan ‘bounce’.

Beli di BigBigPlace sekarang! Biolite Headlamp 330 RM269

BIX Recovery

Asyik lenguh atau lambat recover selepas larian atau hiking? BIX Recovery ni memang sesuai digunakan selepas training atau sesi hardcore. Kombinasi Bromelain, Q10, BCAA dan Magnesium memberikan badan anda semua yang diperlukan untuk recover lebih cepat keesokkan hari.

Beli di BigBigPlace sekarang! BIX Recovery 1 Tube RM42

Polar Ignite 2

Kalau pasangan anda complain berat badan naik sejak kebelakangan ni, dan anda nak meningkatkan motivasi mereka untuk lebih aktif, hadiahkanlah Polar Ignite 2, dan bukanlah penimbang berat. Ignite 2 dapat memberikan cadangan workout, pantau kalori yang dibakar dan juga memastikan anda tidur dengan lebih elok (sebab dia tidur lebih elok). Happy wife, happy life. Kalau pasangan anda lebih aktif pula, kami sarangkan dapatkan mereka Vantage M2.

Beli di BigBigPlace sekarang! Polar Ignite 2 RM1199 atau 3 x RM399

Knockaround Mai Tais

Sejak kebelakangan ni, panas kat luar tak boleh bincang. Lindungi mata korang dari UV400 dan juga dari memandang jiran anda yang mungkin tengah memandang anda juga. Knockaround Mai Tais ni sesuai untuk mereka yang mempunyai muka berbentuk hati atau segiempat.

Beli di BigBigPlace sekarang! Knockaround Mai Tais RM139

Revvies

Khas untuk abang-abang yang bukan morning person dan mengantuk ketika nak gi lari awal pagi. Revvies ni seperti minum kopi atau energy drink tapi dalam bentuk energy strips yang cair di lidah. Dengan 40 mg kafein, kami pasti anda akan dapat energy boost yang anda perlukan. Sesuai juga kalau anda memandu jarak jauh atau nak mengulangkaji pelajaran (buat Masters atau PhD).

Beli di BigBigPlace sekarang! Revvies RM17

STRYD

Stryd Power Meter kini tengah hot di kalangan geng-geng Klang Valley. Kalau anda rasa yang anda susah nak improve, mungkin sudah masa untuk anda update cara training anda dengan Running Power meter ni. Ramai yang dah pecah Personal Best derang semenjak training lebih kurang 2 bulan dengan Power Meter ni.

Beli di BigBigPlace sekarang! STRYD RM1255 atau 3 x RM418

Knockaround Mile Highs

Apakah persamaan Tom Cruise, Brad Pitt dan anda sekiranya anda menggunakan Knockaround Mile Highs? Anda semua nampak hensem tak mengira umur. Diinspirasikan oleh cermin mata Aviator, Knockaround Miles High ni tak akan mengeringkan pocket korang dan sesuai untuk semua jenis bentuk muka.

Beli di BigBigPlace sekarang! Knockaround Mile Highs RM169

Polar Grit X Pro

Kalau pasangan anda suka hiking tetapi kerap sesat, dapatkanlah mereka jam tangan tahan lasak POLAR Grit X Pro ni dengan aplikasi KOMOOT. Insyallah, mereka akan tahu jalan balik pulang ke rumah, atau ke hati si pemberi. Dengan 40 jam kadar jangka hayat bateri, dan reka bentuk yang boleh digunakan di hutan, di pejabat atau di bilik tidur, POLAR Grit X ni menjadi pilihan ramai semenjak dilancarkan tahun lepas.

Beli di BigBigPlace sekarang! Polar Grit X Pro RM2299 atau 3 x RM766

Topi Fractel/Ciele

Ada orang cakap, lelaki ni kalau lari kena gaya, baru orang tengok. Nak gaya? Padankan topi larian kegemaran rakyat Malaysia dengan kasut atau baju larian anda. Kami cadangkan dapatkan warna-warna meriah yang membolehkan anda kekal nampak di atas jalan raya dan di lensa kamera photographer event atau gadis-gadis yang memandang.

Beli di BigBigPlace sekarang! Topi Fractel/Ciele bermula dari RM149


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

YOUR CART (0)

No Products in the Cart