HOKA Carbon X2 atau Rocket X? Kasut carbon plate mana sesuai untuk anda?
- by Kei Basar
-
HOKA telah mengeluarkan beberapa jenis kasut dengan 'full-length carbon plate' yang membolehkan para pelari berlari dengan lebih effisyen dan menyimpan lebih tenaga.
Koleksi Terbaru Kasut Karbon Plate di BigBigPlace
Antara koleksi terbaru (Disember 2021) di BigBigPlace adalah kasut Carbon X2 dan Rocket X berwarna Evening Primrose/Fiesta!
HOKA Carbon X2
Kasut HOKA Carbon X2 ni mempunyai bahagian atas yang simple tetapi selesa. Ini membuatkan kasut ini lebih ringan dari siri yang lain. Gabungan full-length Carbon Plate dan midsole dwi-ketumpatan PROFLYX yang lebih lembut ni memang sesuai untuk mereka yang mahu melakukan larian jarak jauh.
Kami syorkan HOKA Carbon X2 ni digunakan untuk marathon dan ultra-marathon ke-atas.
Hoka Rocket X
Berbeza dengan Carbon X2, Rocket X mempunyai midsole yang dibuat daripada single-density CMEVA (compression molded EVA). Ini membuatkan ride Rocket X lebih keras sedikit berbanding dengan Carbon X2.
Rocket X sesuai untuk Speedwork, Tempo Run, sehinggalah ke Half-Marathon.
Dengan tapak yang lebih tahan lasak, anda boleh menggunakan Rocket X sebagai daily trainer.