Apakah perbezaan Black Diamond Carbon Distance FLZ dan Z?

  • by Boon Fui Lee

Ramai yang mungkin tertanya-tanya apa sebenarnya perbezaan antara Carbon Distance FLZ dan Carbon Distance Z ketika tengah membelek-belek katalog untuk Trekking/Running pole di laman web BigBigPlace.com.

Hari ini kami ingin berkongsi dengan para pengguna, apa yang membuatkan ke dua-dua trekking pole FLZ dan Z ini unik.

Persamaan

  1. Tatanama untuk series ini berakhir dengan Z merujuk kepada bentuk trekking pole ini ketika dilipat. Dengan 3 bahagian yang boleh dilipat, kedua-duanya membentuk huruf Z seperti ditunjukkan di atas.
  2. Kedua-dua trekking pole ini dibuat daripada carbon tahan lasak dan pemegang grip daripada bahan EVA.
  3. Bilah mata trekking pole yang boleh diubah daripada getah anti-calar ke karbida tahan lasak.

So, soalan cepu emas sekarang, apakah perbezaan antara Distance FLZ dan Z?

Perbezaan

  1. FL bermaksud FlickLock, sistem yang digunakan untuk membolehkan anda mengubah panjang trekking pole anda dengan cepat. Anda boleh mengubah panjang pole ini +- 20 cm. Ini membolehkan sesetengah pelari advance menggunakan panjang pole yang berbeza untuk mendaki atau untuk downhill mengikut kesesuaian.
  2. Distance Z mempunyai panjang yang tak boleh diubah. 
    Anda kena membeli trekking pole yang sesuai dengan ketinggian anda, dan anda mungkin tak dapat nak pinjamkan pole ini dengan kawan-kawan lain (melainkan mereka mempunyai ketinggian yang sama).
  3. Harga Distance FLZ lebih mahal daripada Distance Z.
  4. Distance Z lebih ringan daripada FLZ ( 332 g kerana sistem lock yang lebih mudah.
  5. Distance Z lebih lasak daripada FLZ kerana sistem lock yang lebih kuat.
Model Distance FLZ dan Z sesuai untuk ketinggian berikut:
    • Model FLZ datang dengan 3 pilihan :
      95 - 110 cm / 105 - 125 cm / 120 - 140 cm
    • Model Z pula datang dengan 4 pilihan :
      110 cm / 120 cm / 130 cm / 140 cm

    Adakah saya patut memilih Carbon Distance FLZ atau Z?

    • Pilih Carbon Distance Z:  Anda adalah hiker atau pelari denai yang berpengalaman, anda mahu trekking pole yang paling ringan (273 g untuk 100cm) dan biasa menggunakan trekking pole di rupa bumi yang teknikal.
    • Pilih Carbon Distance FLZ: Anda adalah hiker atau pelari denai intermediate atau berpengalaman, tetapi memerlukan trekking pole yang boleh ubah. Anda boleh berkongsi trekking pole ini dengan rakan-rakan yang hampir sama ketinggian dan tidak kisah sangat dengan berat (332g untuk 95 - 115 cm).

    Terima kasih kerana membaca perkongsian kali ini. Dapatkan trekking pole Carbon Distance Z atau FLZ dengan 15% diskaun dengan menggunakan kod kupon di bawah:


    Leave a comment

    Please note, comments must be approved before they are published

    YOUR CART (0)

    No Products in the Cart