Review: Dapur regulator SOTO ST-310 : Kecil-kecil cili api
- by Thaddeus Chung
-
Dapur Regulator SOTO ST-310 ini adalah dapur mudah alih yang kecil tapi memberikan nyalaan api yang sangat kuat. SOTO ST-310 adalah model yang hanya boleh di dapati di dalam pasaran asia terutamanya di Jepun, dan anda kini boleh mendapatkannya di BigBigPlace.com.Â
SOTO ST-310 ini adalah sangat sesuai untuk mereka yang baru nak bermula tetapi masih mempunyai fungsi yang diperlukan oleh pengguna-pengguna yang advance. Dengan reka bentuk yang berbeza dengan dapur camping biasa, SOTO ST-310 menggunakan canister butane yang panjang dan senang dibeli di supermarket biasa.Â
Hardware
SOTO ST-310 dibuat di Jepun dan bagi kami, kualiti keluli tahan karat yang digunakan nampak berkualiti. Model ST-310 datang dengan 4 kaki mudah lipat, penghadang api untuk tin gas, penyala mikro-piezo, dan regulator gas, ianya sangat ringan (350g) dan mudah di bawa di dalam beg yang telah disediakan.
Apabila dibuka, kaki ST-310 mempunyai sistem locking yang stabil dan memberikan kawasan tadahan yang agak luas (lebih kurang 20 cm dalam diameter). Anda boleh menggunakan cerek kecil dan sederhana atau mess tin dengan yakin.Â
Kecil-kecil cili padi
Walaupun kecil, SOTO ST-310 dapat memberikan nyalaan api yang sangat besar dan panas, dan tidak mudah dipengaruhi oleh keadaan sekeliling dengan kadar pembakaran sehingga 2,500 kcal/jam!
Dengan sistem mikro regulator, ianya membolehkan api dinyalakan walaupun dengan keadaan sejuk atau berangin.Â
Sistem mikro regulator ini dengan kawalan tekanan gas membezakan dapur ST310 dengan dapur-dapur harga mampu milik yang lain. Kawalan tekanan gas membolehkan anda membakar gas dari kanister sehingga titisan terakhir. Untuk kanister gas biasa, anda dijangka boleh menggunakannya selama 1.5 jam (sekiranya menggunakan kanister Butane ST-760 ).
Kesimpulan
Tiga perkara utama yang membuatkan Soto ST-310 ini menjadi pilihan ramai dan bestseller di BigBigPlace:
- ST-310 boleh menggunakan kanister butane biasa yang boleh dibeli di supermarket biasa.Â
- Mikro regulator ST-310 mengawal tekanan gas dan membolehkan pembakaran dalam keadaan suhu rendah atau agak berangin.
- Harga mampu milik untuk peralatan memasak dengan kualiti Jepun
Anda boleh mendapatkan SOTO ST-310 di BigBigPlace.com dengan harga RM389 atau 3 x bayaran RM130 sebulan (Penghantaran Percuma)
Â