5 Tanda Anda Perlu Menggantikan Kasut Lari Anda
- by Ain Humairah Amran
-
Anda tahu tak yang pakar mengesyorkan anda mengganti kasut larian anda setiap 500 hingga 750 kilometer. Sekiranya anda track larian anda dengan jam GPS, anda akan tahu bila anda mencapai tanda 300 hingga 500 batu. Sekiranya tidak, lebih sukar untuk mengetahui bila masanya untuk kita mengganti kan kasut larian. Terdapat 5 tanda yang dapat membantu anda:
- Anda mengalami kesakitan pada badan. Sekiranya anda perhatikan bahawa pergelangan kaki, lutut atau pinggul anda semakin sakit setelah berlari, mungkin sudah tiba masanya untuk mendapatkan sepasang kasut baru. Sakit dan rasa sakit yang baru dan tidak dapat dijelaskan bererti cushion kasut anda sudah usang.
- Kaki anda berasa sakit selepas berlari. Apabila bahagian bawah kaki anda, terutama lengkungan anda mula merasakan sakit dan kejang, ini mungkin bermaksud bahawa kasut anda sudah usang ke bentuk yang tidak lagi sesuai dengan kaki anda.
- Tapak usang. Tapak, atau alur lentur, pada kasut anda adalah bahagian penting dari anatomi mereka. Sekiranya ia usang, kasut anda tidak akan roll in sync dengan langkah semula jadi kaki anda.
- Bahagian midsole terasa keras. Ini adalah tanda yang jelas bahawa anda memerlukan kasut lari baru: Sekiranya anda menekan ibu jari ke dalam midsole dan terasa keras rather than slightly spongy, ini bermaksud cushion telah memampat dan tidak lagi menawarkan sokongan yang tepat.
- Kaki anda terus melecet. Sekiranya kasut anda yang pernah dipercayai rub your skin the wrong way, itu mungkin bererti mereka telah berubah bentuk selama beberapa batu anda berlari- masa untuk menukar ke kasut baru.