5 Kesalahan Biasa Membeli Kasut Lari

  • by Ain Humairah Amran
5 Kesalahan Biasa Membeli Kasut Lari

Antara 5 Kesalahan biasa yang korang mungkin buat bila membeli kasut baru:

1) Memilih kerana rupa/fesyen

Ramai beginner terlalu mementingkan fesyen dan sampai lupa masalah yang paling penting seperti proper support, kesesuaian dan keselesaan yang betul. Jangan biarkan warna atau gaya kasut mempengaruhi proses membuat keputusan. Sekiranya kasut berlari tidak memberikan support yang diinginkan, ia akan membuatkan kaki kita rasa lenguh dan sakit.

2) Kasut terlampau ketat

Memakai kasut berlari yang terlalu ketat boleh menyebabkan kuku kaki hitam, lepuh. Ramai pelari lebih suka memakai kasut yang sesuai untuk aktiviti seharian mereka, tetapi peraturan yang sama ini tidak boleh digunakan semasa melakukan aktiviti fizikal. Pilihan yang lebih sesuai adalah dengan mempunyai sedikit ruang tambahan di kaki depan untuk mengelakkan kaki tergores. Korang cubalah tinggalkan ruang sekitar setengah inci di kawasan ini untuk memberi keselesaan yang paling selesa.

3) Jangan memakai kasut terlalu lama

Mostly, sepasang kasut lari hanya bertahan around 300 hingga 500 batu. Tidak praktikal memakai kasut yang dusah usang.Macam mana kita nak tahu when kita perlu tukar ke kasut baru? First adalah ketika kaki kita rasa sakit dan kesakitan mula menjadi masalah biasa. Next, lumpy foam di dalam yang menyebabkan uneven sole dan lekukan halus di bahagian bawah.

4) Membeli pada waktu yang tepat 

Waktu yang sesuai untuk membeli kasut adalah waktu petang. Kerana kaki kita akan terus berpeluh sepanjang hari dan ini boleh berterusan sehingga kira-kira jam 4 petang. Oleh itu, masuk akal untuk menunggu sehingga petang untuk mencuba kasut lari untuk meningkatkan peluang mencari kasut yang paling selesa.

5) Jangan sesekali assume saiz kasut anda

Penting untuk kita ukur saiz kaki setiap kali kita nak beli kasut baru. Why ? sebab ukuran kasut mungkin berbeza bagi setiap jenama dan jenis kasut. Jahitan, bentuk atas dan foot form boleh memberi kesan pada kesesuaian dan keselesaan sepanjang masa.

 

 


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

YOUR CART (0)

No Products in the Cart