Suunto 9 Peak - Apa Yang Baru?
- by Wei Lun
![Suunto 9 Peak - Apa Yang Baru?](http://bigbigplace.com/cdn/shop/articles/Suunto_9_Peak_17_1.png?v=1627358657)
![](https://cdn.shopify.com/s/files/1/1250/7799/files/Suunto_9_Peak_19_1_1024x1024.png?v=1627357686)
Semuanya! Suunto 9 Peak adalah jam tangan terbaru dengan size yang lebih kecil, ringan, nipis dan cepat daripada semua model Suunto yang terdahulu.
![](https://cdn.shopify.com/s/files/1/1250/7799/files/Suunto_9_Peak_18_1_1024x1024.png?v=1627357686)
Jangan risau, fungsi Barometer masih ada walaupun perkataan “Baro” tidak lagi ada pada nama Suunto 9 Peak. Suunto 9 Peak adalah:
-
Jam tangan Suunto yang paling kecil di pasaran - diameter muka 43mm sesuai untuk mereka yang mempunyai pergelangan tangan kecil
(Suunto 9 Baro 50mm, Suunto 7 50mm, Suunto 5 46mm, Suunto 3 Fitness 43mm) -
Jam tangan Suunto yang paling nipis - dengan ketebalan 10.6mm
(Suunto 9 Baro 15.4mm, Suunto 5 13.4mm, Suunto 7 13.9mm) - Casing paling ringan dengan badan titanium 34g atau keluli 44g.
- Diperbuat daripada bahan yang tahan lasak (keluli atau titanium gred 5)
- Skrin sentuh baru, dan paparan reflektif bersais 1.2”
- Menggunakan cip GPS paling baru GNSS/GPS Sony CXD5605GF (sebelumnya CXD5603GF)
- Pengecas baru yang boleh dipasang dari pelbagai arah.
- Tiga butang responsif baru dengan “positive click action”. Kedudukan butang-butang ini lebih rendah dan lebih dekat dengan kulit.
- Menggunakan tali jam berukuran 22mm yang lebih kecil (dari 24mm) dengan reka bentuk baru.
- Sensor HRM optikal terbaru dari LifeQ. Model Valencell diganti dengan model yang serupa dengan yang terdapat pada Suunto 7. Kini dengan pengukur kandungan oksigen darah (SpO2) untuk mengelakkan mabuk gunung.
- Teknologi bateri Lithium yang memberikan 170 jam penggunaan GPS dan pengecasan lebih pantas dari kosong hingga penuh dalam 1 jam (cas pusingan penuh Suunto 9 kira-kira 4 jam)
- Kemas kini Automatik “over-the-air” berlaku semasa anda tidur
- Bluetooth 5 yang lebih pantas
- Kecerahan skrin berubah secara automatik mengikut keadaan cahaya di sekitar
![](https://cdn.shopify.com/s/files/1/1250/7799/files/Suunto_9_Peak_24_1_1024x1024.png?v=1627357686)
Berikut adalah beberapa perubahan software utama:
- Pilihan Watch face Suunto 9 yang baru
- Paparan Skrin baru untuk mencatat dan memaparkan bacaan SpO2
- Suunto Plus Ghost Runner untuk pacing (sama dengan Suunto 9 Baro)
- Tukar ke mod “Route” untuk tracking yang tepat di persekitaran bandar
- Penjimatan bateri dalam “Tour Mode” yang lebih panjang.
![](https://cdn.shopify.com/s/files/1/1250/7799/files/Suunto_9_Peak_25_1_1024x1024.png?v=1627357686)
Suunto 9 Peak untuk Siapa?
![](https://cdn.shopify.com/s/files/1/1250/7799/files/Suunto_9_Peak_26_1_1024x1024.png?v=1627357687)
Suunto 9 Peak adalah untuk para atlet yang mahukan produk yang berkualiti tinggi, GPS yang reliable, dan mahu meningkatkan prestasi latihan mereka. Pilih Suunto 9 Peak sekiranya:
- Anda memerlukan sesuatu yang boleh digayakan dengan mudah setiap hari dan mahukan jam tangan sukan pintar untuk menyokong aktiviti outdoor yang rumit.
- Anda mempunyai pergelangan tangan yang comel.
- Anda mahu alat navigasi yang reliable dan boleh menyelamatkan nyawa anda satu hari nanti.
- Anda mahukan kominasi jam tangan+aplikasi yang senang digunakan dan dapat membantu anda berlatih dengan lebih cekap.
- Anda memerlukan jam dengan hayat bateri yang panjang.
Very nice,, like to buy one soon
Very nice,, like to buy one soon