Resipi Minuman Sedap Untuk Sahur / Berbuka (Bagi Mereka Yang Aktif)

  • by Wei Lun
Resipi Minuman Sedap Untuk Sahur / Berbuka (Bagi Mereka Yang Aktif)

Resipi Minuman Sedap Untuk Sahur / Berbuka (Bagi Mereka Yang Aktif)

Puasa adalah masa untuk umat Islam menahan nafsu, lapar, dan dahaga (dan juga meningkatkan ibadah harian). Sekiranya anda seorang yang aktif dan mahu terus berlatih ketika di bulan Ramadan, kami ada 2 resipi yang boleh membantu anda untuk kekal bertenaga dan terhidrat. 

Jom kita tengok di bawah:

Air Power Beet-It Sport

Air Power Beet-It Sport ini memang menyegarkan sesuai diminum ketika berbuka. Jus dari ubi Bit (Beet-it Sport 400) meningkatkan kandungan nitrat di dalam badan dan membolehkan anda bertenaga ketika bersenam selepas terawih. Dengan buah-buahan seperti epal, lemon, dan halia, anda bukan sahaja dapat khasiat buah-buahan segar dan serat yang akan membantu melancarkan pencernaan dan pergerakan usus anda.

Bahan-bahan: 

  • Secawan ais
  • Secawan air
  • Satu botol Beet-It Sport
  • 1/4 epal
  • 1/4 lemon
  • 1/4 halia
  • 1/2 chia seed

Langkah-langkah:

  1. Potongkan epal, lemon dan halia.
  2. Masukkan epal, lemon dan halia dalam cawan.
  3. Hancurkan semua buah dalam cawan.
  4. Masukkan chia seed, ais, satu botol Beet-It-Sport dan secawan air.
  5. Kacau sehingga sebati dan siap!
Dapatkan Beet-it Sport anda sekarang!

 

BIX Susu Yang Sedap

Bosan dengan sirau limau atau sirap bandung? Mengidam minuman yang rasa seperti susu kultur dan menyegarkan? Cuba resipi BIX susu yang merupakan kegemaran rakan-rakan di BigBigPlace ni. Bukan sahaja anda mendapat 12 Vitamin & Mineral, rasa susu dengan oren dapat melegakan rasa haus setelah sepanjang hari berpuasa.

Bahan-bahan:

  • Secawan ais
  • Secawan air
  • Satu tablet BIX
  • Dua sudu susu pekat

Langkah-langkah: 

  1. Masukkan dua sudu susu pekat.
  2. Masukkan secawan air.
  3. Masukkan satu tablet BIX.
  4. Masukkan ais.
  5. Akhirnya, kacau sehingga sebati dan siap.
Dapatkan BIX anda sekarang!

 


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

YOUR CART (0)

No Products in the Cart