Makanan yang sesuai untuk berbuka & sahur (Edisi pelari)?

  • by Wei Lun
Makanan yang sesuai untuk berbuka & sahur (Edisi pelari)?

Makanan yang sesuai untuk berbuka (Edisi pelari)?

Buah-buahan yang kaya dengan kalium

Kurma, avocado, pisang..

Kalium membantu mengurangkan kekejangan dan mengekalkan keseimbangan cecair dan elektrolit di dalam badan. Makanan yang mengandungi kandungan kalium yang tinggi adalah seperti kekacang, sayur-sayuran berdaun hijau tua, kentang, labu, yogurt, avocado, cendawan dan pisang. 

Makanan sunnah seperti kurma adalah contoh sumber kalium yang terbaik dan ianya sesuai untuk dimakan ketika berbuka puasa. 


Kekacang 

Badam, gajus, walnut ..

Kacang seperti badam, gajus atau walnut mengandungi lemak baik yang penting untuk memberikan tenaga selepas berpuasa berjam-jam. Kacang sesuai untuk berbuka puasa kerana ia membantu anda berasa kenyang sepanjang hari.


Sayur-sayuran: 

Pilih timun, selada dan sayur-sayuran lain yang mengandungi serat dan air yang tinggi. Ia bukan sahaja membantu menyejukkan badan anda, tetapi juga merupakan pilihan terbaik untuk memastikan kulit anda sihat dan mengelakkan sembelit semasa Ramadan.

 

Minum air secukupnya: 

Minum air kosong atau jus buah seperti ubi bit antara iftar dan waktu tidur untuk mengelakkan dehidrasi. Anda disarankan untuk minum air sekurang-kurangnya 2 gelas ketika sahur untuk memastikan anda terhidrat sepanjang hari.


Apa yang perlu dimakan semasa sahur?

Makanan yang kaya dengan protein: 

Telur mengandungi protein yang tinggi dan nutrien yang lain. Ia bukan sahaja membantu anda untuk kekal kenyang lebih lama, tetapi boleh dimasak dalam beberapa cara untuk memenuhi citarasa anda. Anda juga boleh makan yogurt, daging ayam, susu dan sebagainya.

 

Makanan yang kaya dengan serat: 

Bijirin seperti oat adalah sumber serat terbaik yang diperlukan oleh tubuh anda semasa sahur. Serat larut akan bertukar menjadi gel dalam perut anda dan melambatkan proses penghadaman. Ia juga membantu menurunkan kolesterol dan glukosa darah, serta memastikan anda bertenaga sepanjang berpuasa.

 

Makanan yang kaya dengan kalsium dan vitamin: 

Produk tenusu merupakan sumber nutrisi yang hebat serta kaya dengan kalsium dan protein. Pilih smoothie yogurt atau pilih susu vanila dan madu untuk kekal kenyang dan terhidrat sepanjang hari.

 

Kesimpulan

Ramadan bukan sahaja mengajar kita untuk menahan lapar dan dahaga, malah ianya mengajar kita untuk menahan perasaan amarah, nafsu dan juga melakukan perbuatan-perbuatan yang terlarang seperti merokok.

Kami berharap agar perkongsian kami di BigBigPlace membolehkan anda untuk mendapat keberkatan di bulan Ramadan.


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

YOUR CART (0)

No Products in the Cart