COROS POD

  • by Wei Lun
COROS POD

COROS POD adalah aksesori tambahan yang direka untuk mengukur lebih banyak data tambahan untuk meningkatkan “form” dan “efficiency” larian anda.

 

Apakah itu COROS POD?

Ianya adalah aksesori kecil yang boleh dikepilkan di bahagian belakang seluar anda dan disambung ke jam tangan GPS COROS atau telefon pintar anda melalui Bluetooth/ANT+.

Dengan berat 19 gram sahaja dan kalis air sehingga 1 ATM (10m/32 kaki), COROS Pod yang menggunakan bateri CR2032 yang mampu bertahan selama setahun sekiranya anda menggunakannya selama dua jam setiap hari.

 

Data tambahan dari COROS POD

Jenis metrik yang ditunjukkan oleh COROS POD adalah seperti berikut:

Running power

Kadar “Usaha” yang diukur semasa berlari. COROS POD selalunya digunakan untuk mengukur Running Power dan boleh digunakan untuk menggantikan latihan Heart Rate atau menggunakan Pacing.

 

Run efficiency

Berlari dengan efisien bermaksud, anda memerlukan tenaga yang lebih rendah untuk menghabiskan sesuatu aktiviti. Dengan menggunakan bacaan Running Power, anda boleh mencari cara larian yang sesuai untuk meningkatkan efisiensi larian anda.

 

Cadence

Bilangan langkah yang diambil oleh pelari setiap minit. Cadence adalah metrik yang menarik kerana terdapat strategi untuk meningkatkan prestasi anda dengan mengubah cadence anda.

 

L/R balance 

Peratusan “ground time (tempoh masa kaki menyentuh tanah)” yang dihabiskan oleh setiap satu kaki. Peratusan yang ditunjuk menyatakan keseimbangan anda.

 

Stride height

Ketinggian lonjakkan anda setiap kali anda melangkah.

Stride ratio

Jarak dari tumit ke tumit apabila anda mengambil dua langkah. Banyak pelari percaya bahawa ia akan meningkatkan kepantasan, tetapi sebenarnya risiko kecederaan akan meningkat. Ukuran yang tepat sangat penting untuk berlari dengan selamat.

 

Ground Contact time (GCT)

Ukuran tempoh masa kaki menyentuh tanah. Pelari yang efisien mempunyai “ground contact time” yang pendek dan untuk seorang pelari elit biasanya GCT mereka adalah lebih kurang 180 ms.

 

**Tanpa COROS POD, anda hanya akan dapat membaca cadence dan stride length di jam tangan GPS COROS.

 

COROS POD untuk siapa?

Dengan menganalisa setiap data yang ada, anda boleh menjadi lebih efisien dan meningkatkan prestasi semasa berlari. COROS POD menawarkan data dan informasi yang lebih menyeluruh dengan harganya yang sangat berpatutan. Namun, sekiranya anda mahukan Power meter latihan yang lebih jitu dan tepat dan mempunyai bajet yang lebih besar, kami syorkan kepada anda untuk mencuba Stryd Running Power Meter.


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

YOUR CART (0)

No Products in the Cart