5 sebab anda WAJIB sertai Klinik larian “Run Your Personal Best” Twincity Marathon.
- by Thaddeus Chung
-
Buat julung kalinya, BigBigPlace & Twincity Marathon berganding bahu untuk menjayakan klinik larian "Break Your PB" dengan tujuan untuk membantu para pelari bersedia dan kekal bermotivasi untuk menghabiskan acara Twincity Marathon 2024 pada 26-27 April 2024 di Putrajaya-Cyberjaya nanti.
Mari kita tengok 5 sebab utama anda WAJIB menyertai klinik larian ini.
-
Mulakan perjalanan latihan larian 2024 anda dengan betul.
Klinik “Run Your PB” yang dikelolakan bersama oleh BigBigPlace & Twincity Marathon ini sesuai untuk para pemula dan juga pelari yang mahu meningkatkan lagi persiapan mereka untuk berlari ke jarak yang lebih jauh. Untuk kelas pertama, kami akan mengetengahkan topik seperti bagaimana nak berlatih untuk acara marathon, plan latihan 4 bulan secara umum, tips untuk mengelakkan kecederaan dan cara pemilihan kasut. Semuanya sesuai untuk memulakan latihan larian 2024 anda dengan betul.
-
Kelas pertama akan diajar oleh pelatih & Ketua Bahagian Prestasi Institut Sukan Negara.
Untuk memberikan anda ilmu dan latihan yang terbaik, sesi pertama akan diajar oleh Coach Faiz Matfo, pelatih & ketua bahagian prestasi Institut Sukan Negara. Dengan pengalaman dan kepakaran beliau berkongsi ilmu kepada pelari melalui kelab Blackcat & Garmin, kami yakin banyak yang anda boleh pelajari melalui perkongsian beliau.
-
4 sesi yang berbeza yang direka untuk memastikan motivasi anda kekal tinggi
Klinik larian bersama Twincity akan berlangsung sekali sebulan sehingga bulan April seminggu sebelum acara Twincity 2024. Setiap sesi telah direka untuk memastikan anda kekal bersemangat dan bermotivasi untuk menghabiskan latihan anda, dan berjaya mencapai objektif pada hari tersebut: Memecah rekod peribadi anda.
Lihat 4 tarikh kelas larian di bawah:
-
Keahlian secara Percuma di BigBigPlace dan potongan hebat untuk produk sukan*.
Dengan kerjasama BigBigPlace, setiap pelari akan mendapat keahlian tahunan (bernilai sebanyak RM100) dari BigBigPlace dan ini membolehkan anda mendapat potongan hebat untuk produk sukan dan juga keperluan larian anda. Ini termasuklah kasut, supplement, makanan bertenaga, aksesori dan banyak lagi.
-
Pecah rekod peribadi anda dan terima ganjaran hebat!
Untuk memastikan anda kekal bermotivasi untuk memecah rekod peribadi anda, BigBigPlace & Twincity Marathon mahu memberikan insentif lumayah.Sertai 3 daripada 4 klinik BigBigPlace, Pecah rekod peribadi di Twincity 2024, dan anda berpeluang mendapat diskaun sebanyak 50% untuk pendaftaran Twincity Marathon 2025. Tawaran hebat bukan?
Apa tunggu lagi? Daftar penyertaan anda di:
Twincity Marathon 2024
Klinik Larian "Run Your Personal Best"
Dan pastikan anda berlatih bersungguh-sungguh, dan jumpa anda di BigBigPlace Petaling Jaya, 21 Januari 2024 nanti.