Topi Larian Ciele Athletics - BigBigPlace
- by Kei B
-
Bukan setakat topi, Ciele mengambarkan diri anda.
Idea yang paling mudah, selalunya adalah idea yang paling bagus, lebih-lebih lagi dalam dunia yang semakin kompleks sekarang. Kita sentiasa nak lebih, sikit macam tak best. Semua nak besar. Production semua nak grand!
Tetapi sebenarnya, kita tak perlu banyak. Apa yang penting adalah benda yang tahan lebih lama. Direka dan dicipta dengan baik, melangkau reka bentuk yang nyata.
Topi larian Ciele Athletics
Dicipta oleh dua rakan yang mempunyai satu masalah yang sama di Canada oleh pelari untuk pelari. Jeremy Bresnen dan Mike Giles masih, "tidak dapat menemui sebuah topi yang mereka suka".
Topi yang berada di dalam pasaran buat masa itu, terlampau teknikal atau tampak terlampau hodoh. Mereka mahukan topi yang mengabungkan dua kriteria yang mereka suka: cantik dan functional.
Kualiti untuk semua
January 2014, maka lahirlah GoCap Ciele Athletics, topi larian yang kini menjadi kegilaan para pelari di seluruh dunia. Ringan, breathable dan paling penting, memberikan gaya dan perwatakan yang unik bagi setiap pelari atau pengguna.
Hari ini, Ciele Athletics mempunyai hampir 9 jenis model topi yang berbeza. Fokus utama Bresnen dan Giles sekarang banyak diberikan kepada menaiktaraf kualiti dan keselesaan setiap topi Ciele yang di jual, kini, di seluruh dunia.
Dapatkan topi Ciele Athletic anda sekarang di Bigbigplace, sekarang.