Garmin Watch Face Official Malaysian Endangered Animals | BigBigPlace Malaysia

  • by Thaddeus Chung
Garmin Watch Face Official Malaysian Endangered Animals | BigBigPlace Malaysia

Tahukah anda?

Garmin telah mengeluarkan satu watch face official dari Garmin sendiri yang memaparkan 5 haiwan terancam di Malaysia!

 

Bagi pengguna-pengguna Garmin yang mempunyai applikasi Garmin Connect, anda boleh memuat turun paparan Watch Face Malaysian Animals di pautan ini: Malaysian Animals

 

Mari kita mengenali haiwan-haiwan yang telah terdapat di dalam watch face ini.

Burung Enggang Badak

Burung Enggang Badak atau juga dikenali sebagai burung Kenyalang boleh didapati di kepulauan Borneo (Sarawak, Sabah, Brunei, dan Kalimantan), Semenanjung Malaysia, Sumatera, dan Pulau Jawa.

Tenuk Malaysia

Tenuk Malaysia merupakan tenuk terbesar di dunia dan hanya spesies tenuk inilah satu-satunya berasal dari Asia. Nama saintifiknya berasal dari Hindia Timur yang bermaksud habitat semula jadi spesies.

Tenggiling

Tenggiling ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Manis javanica.

Beruang madu 

Beruang madu, juga dikenali sebagai beruang matahari merupakan beruang yang kebanyakannya terdapat di hutan hujan tropika Asia Tenggara. Tidak seperti beruang lain, bulu beruang madu adalah pendek dan licin. 

Monyet belanda

Monyet belanda atau bayau merupakan sejenis monyet yang mendiami pokok dan endemik di pulau Borneo. Nama timangan bagi monyet ini ialah "monyet belanda" ataupun "orang belanda" kerana ia disamakan oleh orang tempatan dengan penjajah Belanda yang demikian besar perut dan hidungnya.

  


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

YOUR CART (0)

No Products in the Cart