Apakah perbezaan Black Diamond Carbon Distance FLZ dan Z?
- by Boon Fui Lee
-
Ramai yang mungkin tertanya-tanya apa sebenarnya perbezaan antara Carbon Distance FLZ dan Carbon Distance Z ketika tengah membelek-belek katalog untuk Trekking/Running pole di laman web BigBigPlace.com.
Hari ini kami ingin berkongsi dengan para pengguna, apa yang membuatkan ke dua-dua trekking pole FLZ dan Z ini unik.
Persamaan
- Tatanama untuk series ini berakhir dengan Z merujuk kepada bentuk trekking pole ini ketika dilipat. Dengan 3 bahagian yang boleh dilipat, kedua-duanya membentuk huruf Z seperti ditunjukkan di atas.
- Kedua-dua trekking pole ini dibuat daripada carbon tahan lasak dan pemegang grip daripada bahan EVA.
- Bilah mata trekking pole yang boleh diubah daripada getah anti-calar ke karbida tahan lasak.
So, soalan cepu emas sekarang, apakah perbezaan antara Distance FLZ dan Z?
Perbezaan
- FL bermaksud FlickLock, sistem yang digunakan untuk membolehkan anda mengubah panjang trekking pole anda dengan cepat. Anda boleh mengubah panjang pole ini +- 20 cm. Ini membolehkan sesetengah pelari advance menggunakan panjang pole yang berbeza untuk mendaki atau untuk downhill mengikut kesesuaian.
- Distance Z mempunyai panjang yang tak boleh diubah.
Anda kena membeli trekking pole yang sesuai dengan ketinggian anda, dan anda mungkin tak dapat nak pinjamkan pole ini dengan kawan-kawan lain (melainkan mereka mempunyai ketinggian yang sama). - Harga Distance FLZ lebih mahal daripada Distance Z.
- Distance Z lebih ringan daripada FLZ ( 332 g kerana sistem lock yang lebih mudah.
- Distance Z lebih lasak daripada FLZ kerana sistem lock yang lebih kuat.
- Model FLZ datang dengan 3 pilihan :
95 - 110 cm / 105 - 125 cm / 120 - 140 cm - Model Z pula datang dengan 4 pilihan :
110 cm / 120 cm / 130 cm / 140 cm
Adakah saya patut memilih Carbon Distance FLZ atau Z?
- Pilih Carbon Distance Z: Anda adalah hiker atau pelari denai yang berpengalaman, anda mahu trekking pole yang paling ringan (273 g untuk 100cm) dan biasa menggunakan trekking pole di rupa bumi yang teknikal.
- Pilih Carbon Distance FLZ: Anda adalah hiker atau pelari denai intermediate atau berpengalaman, tetapi memerlukan trekking pole yang boleh ubah. Anda boleh berkongsi trekking pole ini dengan rakan-rakan yang hampir sama ketinggian dan tidak kisah sangat dengan berat (332g untuk 95 - 115 cm).
Terima kasih kerana membaca perkongsian kali ini. Dapatkan trekking pole Carbon Distance Z atau FLZ dengan 15% diskaun dengan menggunakan kod kupon di bawah: